About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Friday, February 24, 2012

Doa Qunut Nazilah


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

SYUKRAN


 

Friday, February 17, 2012

SYRIA~ bangkitnya rakyat SYRIA..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bangkitnya rakyat Syria menentang rejim ZALIM Bashar Assad.. 
Begitulah juga kita rakyat Malaysia perlu bangun menentang kezaliman di negara kita!
Bukan bermaksud untuk mengangkat senjata memerangi kezaliman itu!
Tapi bangunlah RAKYAT MALAYSIA membuka minda! Membuka MATA! 
Menentang kezaliman yang tidak kelihatan!
Kezaliman yang sudah lama tersembunyi! 
Kezaliman yang ditutup dengan Kemajuan!
Kita sudah besar! Seharusnya sudah punyai minda intelek yang boleh berfikir!
Kita belajar tinggi! hingga ke luar negara~
Tapi apalah gunanya status pelajar lulusan luar negara jika tidak mahu berfikir matang! 
Masih dimomok dengan kata2 Usia 21 itu masih mentah!
Remaja itulah tunjang kekuatan kebangkitan Islam!
Telah terbukti di zaman Sultan Ahmad Al-Fateh..
Sudah terbukti di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayubi..
Bila lagi kita mahu menyumbang untuk Islam jika bukan sekarang~ 

PRU 13 yang makin hampir ini... Undilah yang Terbaik untuk Islam dan Negara! 
Yang dah umur 21 n dah boleh mengundi tu, turun2lah mengundi~ Tunaikan tanggungjawab kita sebagai Rakyat~ Hati ini mahu untuk mengundi tapi apakan daya masih tidak punyai kelayakan untuk mengundi.. huk2 .. tak sampai tarikh lahir lagi..

Sama-samalah juga kawan2ku kita mendoakan saudara seislam kita di SYRIA yang hari-harinya sentiasa diselubungi kekejaman rejim Bashar Assad~ Doakanlah mereka seikhlas2 kita, rintihlah untuk mereka... Sertailah doa Qunut Nazilah dalam solat kita~

 “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara (Mafhum Surah Al-Hujurat: 10)
 “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi seperti tubuh, jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka seluruhnya akan tidak bisa tidur dan demam.” (Muttafaqun A’laih) 

SYUKRAN

 

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..