About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...
Showing posts with label renungkan bersama~. Show all posts
Showing posts with label renungkan bersama~. Show all posts

Saturday, May 07, 2011


Mimpi bertemu Rasulullah



terbaca post dari blog sahabat,
saya terasa ingin share juga dengan yang lain video kat atas ni,
ambillah masa kita sedikit untuk menonton video di atas..
muhasabah diri kita semula,
pernahkah kita merindui RASULULLAH seperti kita merindui umi abah kita?
pernahkah kita menangis kerna merindui baginda?
betapa tinggi nilai pengorbanan baginda yang hasilnya kekal sehingga kini..

AKU ingin bertemu dengan baginda...
AKU ingin bertemu RASULULLAH di dalam mimpiku..
tapi masih banyak kehinaan yang diri ini lakukan...
tatkala diri ini sungguh hina,
tidak ku terasa layak untuk bertemu baginda dalam mimipiku,
adakah masih jauh lagi untukku bertemu dengan  baginda?

Ya Allah berikanlah KAMI umat nabi muhammad, dan hamba2mu ini,
kekal dan istiqamah di jalanMu meneruskan perjuangan baginda..
mengikuti sunnah2 baginda....
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Azim, Ya Kabir,
Perkenankanlah doa kami ini....


SYUKRAN

 

Monday, September 06, 2010

.: Wanita = Semalu :.

Bismillahirrahmanirrahim

terasa ingin berkongsi sesuatu yang sangat menarik~ perumpaan wanita dengan pohon semalu~
ianya saya peroleh dari forwaded message daripada kakak saya.. kak salwa,
tertarik dengan isi email ini membuatkan saya ingin berkongsinya..
dan di mana lagi kalau bukan di blog saya ni~ he3..
..................................


Assalamualaikum w.b.t buat shbt2 yg dikasihi ALLAH..selamat meneruskan ibadah d bulan mulia ini, sedikit titipan ringkas yg sgt brguna dr shbt ana yg tdk jemu2 menyampaikan dakwah d jlnNYA....sampaikan kpd zaujah, ahlilbait & shbt2 akhawat yg lain..moga pesanan Baginda RASULULLAH yg dikasihi ini  mnjdi panduan utk kalian insy'ALLAH
~ukhtilkareemah azimah~
Malu seorang muslimah
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama  puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya  mereka berdua di bawah pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama:
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua:
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga:
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin..

Keempat:
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulan:
Segala makhluk yang dicipta oleh Allah swt ada sebab musabab dan pengajaran tersendiri khususnya kepada umat manusia yang sentiasa berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah…dan kepada sesiapa yang mencari redhaNya...semoga kita semua termasuk dalam golongan yang terpilih insyaallah…
v  Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:
        malu itu separuh(sebahagian) dari iman”…al-Hadith
Dapatlah kita simpulkan bahawa sesiapa yang hilang malu pada tempatnya maka, kuranglah imannya.

....................................................................................

p/s: JOM gadis2/perempuan2/wanita2/ibu2 dan semua yang berjantina FEMALE hehehe.. mari kita jadi seperti pohon semalu.. yang tahu kuncup pada tempatnya, yang tahu kuncup pabila waktunya.tapi still kuat pada dasarnya!!.  indahnya~  seorang wanita jika seperti si semalu~  ^_^

SYUKRAN
 

Sunday, August 01, 2010

Sepi.....

Bismillahirrahmanirrahim..


Bila hati kita sunyi, siape yang kita cari? kawan ke? umi ke? abah ke? our siblings ke? or whoever in this world to be talking with? eeeemmm.. sebenarnya hati kita sunyi sebab terkadang tiada siapa yang mahu berbual dengan kita, tiada siapa yang mahu bercerita dengan kita, tiada siapa yang nak call kita(hehehe)...tapi...
sebenarnya, sebab first2 lagi kita tak letak (Allah is number 1) in our heart! that's why when we were all alone, no other person beside us, we feel soooooooo lonely,.
That's why kita kena jadikan Allah yang paling penting, utama dan nombor satu dalam hati kita compare to other person! Even our beloved person~ Umi, Abah, Adik beradik, Kawan, n Sesiapapunlah... barulah kita dapat rasa ada yang tetap sentiasa bersama dengan kita...
menemani kita tidur, makan, study, berjalan ke mane2 pun kita rase selamat walaupun seorang diri sebab kita yakin Allah sentiasa bersama kita n lagi dekat... di HATI kita~
Seronok kan bila kita fikir balik...tiada pun sesiapa dapat menjamin untuk sentiasa bersama kita tapi Allah... memang akan sentiasa bersama kita di mana jua, n pada bila2 masa...bahagianye~~~
Tapi kenapa ye? walaupun Allah sentiasa melihat kita, bersama dengan kita, kita kadang2 tak rase pun semua tu?? kenape ye?
Sebab kita yang tak nak semua tu..betul tak? faham ke maksud saya? kita yang tak cuba untuk mendekatkan diri kita padaNya~ tak letak Dia nombor SATU dalam hati kita... tulah sebabnye...kalau nak bincang macamane nak letak ALLAH nombor Satu panjang untuk dibincangkan...tapi yang utama adalah dengan mencari kebenaran...jalanNya~~
eemmmm...

p/s: peringatan untuk diri saya yang terkadang rasa begitu...kembalilah padaNya..

SYUKRAN

Wednesday, May 26, 2010

!!kaget!!

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


kaget...
rasa sangat terkejut..
terkejut...
dan terkejut....

aku jerit...

sekuat hatiku....
tak pernah sekuat itu....

tepis semampu ku...

sepantas yang mampu...

tidak pantas dibenak fikiranku....

begitu lagaknya...
wahai manusia...

yang beriman...

jagalah dirimu...

imanmu...

amalanmu.....

istiqamah pada yang sudah diamalkan...

tingkatkan sedikit demi sedikit...

jagalah auratmu....
tutup segala yang wajib...

jagalah pandanganmu...

rendahkanlah pandanganmu...

jagalah hatimu...

jika yang bertudung litup....

Monday, May 17, 2010

~Ku Merinduimu~

PEMERGIANMU by In-team

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

watch this
:

p/s: sebak dada...rindunya pada Rasulullah...(T_T)


SYUKRAN


Friday, April 30, 2010

"SABAR"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

~SABAR~

 nampak kecil tapi tidak mudah diaplikasikan tika mana kita sedang marah,
 tika kita ditimpa musibah,
 tika diri diuji dengan pelbagai masalah...
 memang mudah untuk disebut2 tapi sangat payah untuk diamalkan..
kenapa ye agaknya?... 
kerana.....
manusia masih lagi mengikut kata nafsu...
manusia masih lagi mendengar pujukan-pujukan dan bisikan-bisikan syaitan.....
manusia lupa pada penciptanya....
lupa pada pegangannya....
lupa akan iman mereka....
tatkala syaitan menguasai diri ...
tatkala nafsu membujuk hati...
datanglah amarah mereka.....
tidak kenal baik buruknya....
menyalahkan si pulan dan si pulan...
hingga satu tahap menyalahkan takdir....
lupa segalanya...
lupa akan AKIDAHnya....
lupa segala janji2 ALLAH ....

 "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa[133] .(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan  orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (134). [Surah Ali Imran:133-134]

tidak mengenal lagi erti sabar...


"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"[200] [Surah Ali Imran:200]
                                             
dimanakah kita letak Allah?
pada solat kita sahaja?
atau
 pada mulut  sahaja?
atau
yang sebenarnya2
iaitu pada hati kita...
tanam rasa cinta dan sayang padaNya...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."[153][Surah Al Baqarah:153]

ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang beriman..
dan ingatlah janji Allah itu pasti!


p/s: ingatan untuk diri yang daif ini juge..mari kita mantapkan keimanan kita dan banyakkan bersabar ye bila rase nak marah n ditimpa ujian~ Ingat Allah selalu~

SYUKRAN!

Thursday, March 26, 2009

tipu helah ISRAEL menipu,mempengaruhi umat islam.

saYa AMaT tERtaRik DEngAN CERAMAH USTAZ KAZIM [seorang penceramah bebas] MySpace yang pernah saya dengar beberapa hari lalu.. yang menyentuh tentang tipu helah israel yang telah mengaburi mata umat islam seluruh dunia..MySpace perancangan israel sebenarnya sudah lama untuk menjatuhkan bangsa dan agama selaen yahudi terutamanya umat dan agama islam itu sendiri di seluruh dunia!! pada mata yahudi itu sendiri, bangsa selaen yahudi dianggap 'sampah'atau lebih teruk lagi 'BINATANG'. sudah banyak sebenarnya benda2 yang berlaku di negara kita sendiri yang mengikut budaya mereka, cara mereka, tapi kita tak sedar kita lalai,seperti contoh katanya ingin membuat amal membantu palestin yang diserang israel, tapi tengoklah, dengan cara apa? dengan buat konsert!! katanya konsert amal, ingin membantu tapi saya sedih caranya salah!sebenarnya konsert itu sendiri menunjukkan budaya mereka dah kita tiru.KONSERT. bukan konsert bagaimana tapi konsert yang sudah ten2nya dipenuhi maksiat!!dengan terkinja2 diatas pentas menjaja suara, berpakaian tidak mengikut syariat islam sudah jelas menunjukkan memang bukanlah sebenarnya 'membantu' tapi menyokong yahudi i2 sendiri! saya amat kecewa MySpace kenapa pentadbiran negara kita sendiri membenarkan perkara ini berlaku? sudah terang lagi bersuluh bahawa bende yang mereka buat ini ternyata salah caranya!tidak halal di sisi agama apatah lagi mengikut syariatnya. kenapa, malaysia itu sendiri adalah sebuah negara islam tapi apa yang kita buat langsung tidak menunjukkan ciri sesebuah negara dan umat islam. tidak saya katakan disini semua orang melakukannya tapi boeh dikatakan majoriti telah terpengaruh dengan budaya yahudi itu sendiri! apa yang saya katakan saya dengar daripada USTAZ KAZIM yang telah menyebut tentang perkara ini, dan banyak lagi tipu helah mereka yang menyebabkan kita terpedaya!sebenarnya, sudah lama ISRAEL merancang segalanya untuk menjatuhkan umat islam,memang kita semua sedaya upaya memboikot barangan yang subahat dengan yahudi, memang digalakkan MySpace tapi lihatlah bila kita pikirkan semula yang kerja di syarikat barangan mereka adalah saudara kita, jika kita boikot, saudara kita hilang pekerjaan, disebabkan perkara ini, daripada kita hendak memboikot, tak jadi. tengoklah betapa bijaknya yahudi merancang dari awal.bukanlah saya katakan tak payah memboikot tapi kita cuba sedaya kita, semampu kita.banyak lagi sebenarnya tipu helah mereka yang sayaNAU'ZUBILLAH saya beredoa supaya saya dijauhkan daripada segala bentuk tipu helah yahudi.AMIN...
SYUKRAN!
p/s: di YouTube kita search taip THE ARRIVAL kita dapat lihat macam2 lagi bentuk tipu helah yahudi.


to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..