About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Wednesday, May 07, 2014

Tekanan?? Pressure??

Tekanan? Pressure?

Tekanan waktu exam?
satu perkara yang pasti yang aku hadapi setiap  kali waktu exam,
Bila stress, macam - macam nak buat,
tak boleh belajar,

nak tengok cerita lah,
nak buat poster lah,
nak dengar lagu je lah,

dan macam - macam lagi,

y pasti tujuannya tuk releasekan stress tu,

tapi....

dalam diri, jauh dalam hati kata,
camni ke umat islam,

bukan camni cara nak releasekan tekanan,
kembali pada DIA yang Maha Satu.

Tapi itulah yang sering dilupai,
Perkara lain dahulu yang dicari,

T_T .. need to push myself a little bit harder!
Nak jadi doktor, perlu kuat luar, dalam, emosi, dan segalanya,

Ingatan pun kena kuat,
nak jaga ingatan bukan perkara mudah,
tapi Allah dah gariskan sebenarnya,
tinggal kita nak buat atau tak,

# menulis : satu cara juga nak releasekan tekanan exam.

Point last : boleh ja nak buat apa - apa sebenarnya untuk release tekanan, y masih dalam syariat dia, yang penting jangan berlebihan, tapi kembali pada Dia tu nombor satu! 

Umi n abah, I need to be daughter that make u proud one day~
Kuat Amirah!!
Yosh!!

SYUKRAN

Friday, January 10, 2014

MARAH ke?

Allah marah ke kat aku ye?
Sbb tak sedar - sedar diri dengan dosa yang sama..

Allah marah ke kat aku ye?
Sebab Dia dah bantu aku macam - macam tapi aku tak sedar - sedar...

Allah marah ke kat aku ye?
Sebab tu Allah ajar aku,
Aku tak dapat apa yang aku perlukan sangat,

Allah jangan kau pernah tinggalkan aku..

Aku perlukan Kau disisiku...

Tapi ya..

Mungkin aku terlalu lama meninggalkan MU,

Hanya sekadar sebutan di bibir... itu pun kadang - kadang sahaja,

Ya Allah, Jangan kau biarkan diriku tenggelam dalam dosaku,,,

Ampuni daku ya Allah..

Aku tahu Kau sayang padaku...

Tapi aku yang PELUPA!! dan ntah2 saja2 lupa??

Aku hanya mengharap REDHAMU, dan segala RAHMAT darimu...

# silalah bangun malam, berqiam, bercinta dan berkata2 dengan Dia... HANYA DIA....

T_T...


SYUKRAN

Guide me All the WAY ALLAH ~ biiznillah..


 :)



Syukran ~

Wednesday, January 08, 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Rindunya pada keluarga yang Allah kurniakan ini~~

Sayang umi,
Sayang abah,
Sayang kak azah,
Sayang kak idah,
Sayang kak salwa,
Sayang kak apip,
Sayang adek,

n yang baru,

Sayang kat liya comel,
Sayang kat qasim ensem,
Sayang kat zara tembam!!

Sayang kat semua~~~ huuu...

n new people in my family also ~

Abang Jabir n Abang Najib, Both of you are too cool~~ Take care of my sister WELL k!!
I beg to both of you!
Hee...

Rindu semua sangat...
Lepas kahwin,
Takda  nak jumpa selalu,
Have ur own new family n life,
But it's ok, i'll will never forget you ALL...

:") ... LOTS OF LOVE....

RINDU N SAYANG SANGAT - SANGAT KAT SEMUA


SYUKRAN




Saturday, January 04, 2014

'MANJA'

Kita ni manja sangat kan? study banyak sikit, mengeluh.... kerja banyak sikit, mengeluh... Penat katanya, tak mampu katanya...

Tak yakinkah kita dengan kata-kata Allah dalam Firmannya yang disampaikan melalui Al-Qura'n

[Al-baqarah :286] - Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.....

Tapi sebenarnya dalam diri dah tahu, Rasulullah tu lagi banyak kerjanya dari kita, Lagi kuat ibadahnya dari kita, lagi melebar dakwahnya dari kita..

Tak cukup lagi ye, untuk kita timbulkan rasa malu, malunya kita dengan manusia yang banyak ibadahnya, nak banding dengan kita, apalah sangat,,, tapi kita berangan -angan nak mohon syafaat di akhirat kelak darinya...

Tak malukah kita pada Allah yang dah bagi SEGALANYA NIKMAT untuk kita gunakan hanya semata - mata untuk beribadah kepadanya??

[Az-Zariyat :56] - Tidak aku ciptakan Jin dan manusia melainkan ber ibadah kepadaKu.

Tapi kita tahu nak rehat,, Tak cukup kuat katanya untuk bergerak, tak efisien katanya tidur,

Ambillah Orang-orang soleh sebagai contoh, carilah kisah mereka agar menjadi contoh, takut2 kita sibuk dengan diri sendiri terasa syok diri sendiri paling sibuk..

Ya Allah, malu, malu, malu dengan Allah..

Tapi kenapa masih lagi letak 'MANJA' tu teratas sekali...

Yakin, Yakin, Yakin, Yakin, dan Yakin!! tanpa sebarang keraguan! HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL!

Yakin itu = kepercayaan = Iman kita .

Jangan biarkan iman kita dimain-mainkan dengan musuh sendiri = nafsu & syaitan. Kita sendiri tahu masa bila kita 'MANJA' dan masa bila kita sememangnya perlukan pertolongan..

Letak Isi Al-Quran itu dalam dirimu, Kuatkan keimananmu, kelak hanya kau tahu betapa manisnya PERTOLONGAN ALLAH itu atas ikhlasnya dirimu beribadah untuknya, SYURGA abadinya yang penuh nikmat, tiada lain, hanya di sana kekal abadi.

‪#‎PETUA‬ untuk tidak letih dari Rasulullah sendiri :

Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 10x selepas setiap waktu solat dan 33x sebelum tidur. Amalkan dan tetaplah dengannya... In sha Allah.. Moga ia dapat membantu..

Jangan lupa bertanya pada sahabat yang lain, apa yang boleh kita bantu (ERTI HIDUP PADA MEMEBERI) .. Kita ada sahabat susah dan senang..

Perkongsian untuk mengingatkan diri yang sering alpa, dan buat semua... agar dapat menjadi peringatan bersama.. 


SYUKRAN

 

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..