Assalamualaikum semua...
kembali menulis.. sebab ade satu benda yang saya sangat2 rindu di Malaysia
nikmatnya hujan.. tika di mesir baru saya terasa betapa nikmatnya hujan..
betapa penuh rahmatnya hujan itu Allah turunkan..
bukan suka2.. tapi penuh tujuan..
ada yang Allah turunkan hujan itu sebagai bala.. yang akhirnya mambawa kepada kehancuran, bencana macam banjir... dan lain2 g..
ada yang Allah turunkan sebagai rahmat..
menyuburkan tanaman2, memberikan kelembapan kepada persekitaran kita, menjadi salah satu punca air, tenaga, dan macam2 lagi..
tetapi kedua2nya adalah sama!
satu bentuk ujian Allah kepada hamba2Nya~
keduanya2 akan mengingatkan kita semula pada pencipta kita..
jika hujan itu datangnya mambawa bencana, tanda Allah ,memberi peringatan pada hamba2Nya..
jika hujan yang turun itu memberikan 1001 rahmat, tanda Allah menguji kita untuk mensyukuri nikmatNya..
kedua2nya tanda sayang Allah pada kita..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sedikit rasa :....:
rindu untuk merasa nikmat ketenangan hujan yang dirasai di Malaysia...
jika di Tanta ini, setahun sekali untuk saya ketemu dengan hujan.. sebanyak2nya 3 atau 4 kali
dan hujan di sini is not a heavy rain~
hujan di sini juga turunnya tika berlaku pertukaran musim terutamanya dari musim panas ke sejuk
waktu ni... hujan bercampur angin kuat dengan bersuhukan kurang daripada 11 degree celcius + -
hanya Allah sahaja yang tahu betapa sejuknya jika kita tengah berjalan di luar rumah waktu ni....
pada malam hujan tempoh hari,, saya terdengar bunyi hujan di luar jendela..
rindu rasanya untuk mendngar bunyi hujan yang jatuh pada atap rumahku di Malaysia..
rindu untuk merasakan kedinginan selepas hujan lebat di rumahku...
rindu untuk melihat pemandangan penuh hijau yang sungguh indah selepas hujan...
rindu untuk bau hujan...
.......HUJAN.....
doakan diri ini dapat pulang ke tanah airku tahun hadapan.. Amin..
rindu juga untuk ketemu keluarga tercinta~ <3.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[+_+] .. (^_^) .. [*-*] .. (=_=) .. [-_^]
SYUKRAN










