About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Monday, August 30, 2010

AIN n AIN~ special 4 u...

Bismillahirrahmanirrahim...

rasa sudah lama kan kita sudah tidak bersua.. rindu sangat2 untuk bersua~ rindu mendengar nasihat2 dari bibirmu,, rindu kata2 semangat yang kamu tujukan untuk ku.. di saat aku memerlukannya.. di saat aku lemah.. di saat aku jatuh.. rindu semua itu..
walau kita berjauhan fizikalnya.. moga di hati, kita sentiasa dekat. aku berharap masih ada waktu yang Allah luangkan untuk kita bertemu semula...
rindu melihat senyuman yang terukir di wajahmu.. sungguh indah,, rindu lembut suaramu.. rindu kata2 mengadu darimu.. ya Allah aku amat bersyukur kerana kau temukan aku dengannya.. Sahabat ku.. ingat lagi tak? saat pertama kita bertegur.. waktu tu aku tak ingat siapa sebenarnye y tegur.. tapi bila kita sudah rapat, kau ungkap kembali saat mula2 kita bertegur.. baru aku teringat! maafkan aku ya!
Allah sudah tetapkan awal2 lagi yang kita akan bertemu.. maka kau tegur aku.. dan itulah saat mula2 ku mengenalimu..
Ramai yang bertanya macamana kita boleh rapat, sedangkan segalanya tidak bersama... kelas tidak, bilik tidak, homeroom pun tidak... masing2 pelik.. tapi ketentuan Allah itukan yang terbaik untuk hambaNya... bagi aku semua itu tidak perlu untuk jadikan kita serapat sekrng.. walau tidak sekelas, sebilik, hati kita tetap sama kan? i.A.. aku menghargai segalanya.. kerana kau dapat memahamiku..
Allah temukan kita di saat betul2 aku memerlukan seorang sahabat,, tempat ku mengadu segala masalah ku,, tempat ku berkongsi kegembiraan ku,, tempat ku berkongsi rahsia diri...
Walaupun perangai kita berbeza,, tapi aku bersyukur kerana kau dapat terima segala kekurangan ku, perwatakanmu sangat lembut.. aku sungguh masih belum lagi ketemu insan sepertimu. Aku berharap Allah sentiasa kekalkan persahabatan kita ini...hingga ke akhir hayat kita.. dan  moga2 hingga ke alam akhirat dan bertemu di syurgaNya.. malu untuk aku menyebut bertemu di syurga.. kerana aku tahu.. aku hambaNya yang sangat banyak punyai kekurangan.. kurang meluangkan masa untukNya.. tapi masih ... aku masih punyai azamku, impianku untuk ke syurgaMu... dan aku tidak mahu sendiri.. aku ingin bawa sahabat2ku.. kita bersama2 kesana dengan izinNya...


lagu ini khas untuk dirimu.. : Nur Ain Mohd Saidi 

.............

SYUKRAN

 

No comments:

Post a Comment

thank you~

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..