sejak akhir2 ni di laman sosial facebook, banyak antara kenalan2 saya yang menggunakan video untuk menyampaikan hasrat mereka, untuk berkongsi ilmu, untuk ingat mengingatkan(cam salah je) satu sama lain, malah ade yang nak kenakan orang lain.. bagi saya penyampaian melalui video ni sangat menarik dan pada pandangan saya juga, apa saja mesej yang ingin disampaikan lebih terkesan pada saya berbanding pembacaan tulisan semata2.. salah satu sebabnya, kerana saya sememangnya bukan seorang yang jenis suka membaca.. tapi tidaklah menolak seratus peratus pembacaan buku2 atau seangkatannya, saya juga turut mula menanam minat terhadap pembacaan sekarang ni (^_^). Ada diantaranya menyampaikan mesej yang baik yang sentiasa mengingatkan kita kepada pemilik kita, yang bertindak sebagai amar ma'ruf dan nahi mungkar,.. tapi ada juga yang tidak baik bagi saya seperti menggalakkan bercouple, "cinta itu tidak salah tapi perbuatan orang yang bercinta itu yang salah", saya tidak berani untuk komen panjang2 tntng couple tapi itulah kata2 dari seorang ustaz saya.. dan paling teruk sekali, ada video yang nak kenakan orang lain.. saya sendiri pernah terkena! sudah 2 kali tidak silap saya, 2 video yang mengejutkan orang yang menontonnya dengan cara di penghujungnya, tiba2 muncul subjek yang mengerikan dan suara menjerit sekuat2nya...fuh~ gugur jantung saya (hiperbola).. sesungguhnya bagi saya tak baik sesiapa yang mengenakan orang lain dengan cara begitu~ sungguh! (maaf ye suka gune perkataan sungguh..).. tapi apa yang menarik perhatian saya hinggakan saya mahu post tentang video di facebook ni adalah kerana di HOME facebook saya, ada keluar tentang update2 rakan2 kita, dan bila saya scroll sampai satu part tu, saya tertawa kecil kerana betul2 bawah satu video yang di share, ada juga satu video yang di share yang menyampaikan mesej yang bertentangan dan menafikan mesej pada video yang di atas..faham ke ye apa maksud saya? macam tak eh.. takpe cuba tengok kat bawah ni , mungkin faham kot apa maksud saya,
eemmm.. faham tak? takpelah.. tapi walau ape2 pun harap segalanya yang disampaikan biarlah berfaedah dan sentiase mengingatkan kita pada pemilik sebenar diri kita.. sebelum habiskan kata2, saya sangat2 suka tengok video kucing comel~ sangat2 comel, gemuk pulak tu.. ada satu video tu yang dari jepun, die tulis "I am Maru" lagi2 time tu jerobos kan badan die dalam kotak~ hehehehe.... klik sini kalau nak tengok.. dan sangat2 mengharapkan kita menggunakan facebook di jalan yang baik, untuk mengingatkan ye! sekian dari saya,..
p/s: maaf atas tatabahasa yang terabur, nak karang tak pandai sangat, bukan orang sastera, tak berbakat katakan.. jadi berterabur..semua campur.. maaf ye kepada semua yang membacanya n juga kepada pencinta bahasa.. hu3..
SYUKRAN





No comments:
Post a Comment
thank you~