terasa ingin berkongsi sesuatu yang sangat menarik~ perumpaan wanita dengan pohon semalu~
ianya saya peroleh dari forwaded message daripada kakak saya.. kak salwa,
tertarik dengan isi email ini membuatkan saya ingin berkongsinya..
dan di mana lagi kalau bukan di blog saya ni~ he3..
..................................
Assalamualaikum w.b.t buat shbt2 yg dikasihi ALLAH..selamat meneruskan ibadah d bulan mulia ini, sedikit titipan ringkas yg sgt brguna dr shbt ana yg tdk jemu2 menyampaikan dakwah d jlnNYA....sampaikan kpd zaujah, ahlilbait & shbt2 akhawat yg lain..moga pesanan Baginda RASULULLAH yg dikasihi ini mnjdi panduan utk kalian insy'ALLAH
~ukhtilkareemah azimah~
Malu seorang muslimah
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama:
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua:
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga:
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin..
Keempat:
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulan:
Segala makhluk yang dicipta oleh Allah swt ada sebab musabab dan pengajaran tersendiri khususnya kepada umat manusia yang sentiasa berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah…dan kepada sesiapa yang mencari redhaNya...semoga kita semua termasuk dalam golongan yang terpilih insyaallah…
v Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:
“malu itu separuh(sebahagian) dari iman”…al-Hadith
Dapatlah kita simpulkan bahawa sesiapa yang hilang malu pada tempatnya maka, kuranglah imannya.
....................................................................................
p/s: JOM gadis2/perempuan2/wanita2/ibu2 dan semua yang berjantina
SYUKRAN




No comments:
Post a Comment
thank you~