WOW atau nama panjangnya "WAY OF WISDOM"
fuhh! dengar tajuk atau tema sahaja sudah cam mantap sungguh, lepas tu bila datang.. memang betul2 mantap. bagi saya, kalau tak datang sememangnya RUGI BESAR saya kira.. huhuhu..
program ni sebenarnya satu program baru yang PCT anjurkan.. yang menekankan tentang akademik...
banyak pengisiannya yang mengaitkan antara medik dan cara kita deal with medic dgn cara ISLAM. macam mana kita leh hidup dengan perubatan ni degan cara yang betul dengan kata lain macam mana dan kemana kita akan bawa diri kita dalam perubatan tu satu hari nanti~ ke arah dukturah muslim luar biasa atau ke dukturah biasa2?? sangat menarik pengisian2nya.. dan bagi saya paling seronok masa Talkshow 'Epilog Sebuah Percintaan' yang menampilkan Presiden PERUBATAN baru iaitu saudara Syafiq bin Hamdani, Tahun 5, Universiti Kaherah dan timbalan pengerusi di sana~ nama penuh tak ingat, saudari AIMI, rase sangat tertarik dengan isi2 yang disampaikan membuatkan saya untuk rasa ingin berkongsinya di sini,
- ALLAH beri setiap dari kita masa 24 jam, dan tiada 1 orng pun y lebih atau kurang, tapi ada 2 niknat yang manusia sering lupa
1) nikmat masa lapang
2) nikmat sihat
-----------------------------------------------
memang betul, dalam banyak2 nikmat.. 2 nikmat ni lah yang kita sering lupa.. bila kita ingat?? masa kita sibuk, masa kita sakit.. time tu lah semua baru nak menyesali segalanya... tapi apa gunanya menyesal atau taubat jika kita buat lagi? teringat saya guru sek.rendah saya pernah kata, perumpamaannya seperti TAUBAT SAMBAL BELACAN sudah taubat buat lagi.. cam main2 bukan? walau manusia ini sememangnya tidak boleh lari dari berbuat dosa, tapi kita harus, mesti untuk cuba untuk menghindarkan diri kita dari melakukan dosa...
-------------------------------------------------
-tips
= CINTA pada ALLAH dan RASULULLAH
= meletakkan ALLAH dan Rasulullah dihadapan, akan timbul perasaan kita untuk berkorban apa sahaja demi agama kita, ummah kita..
= jaga hubungan kita dengan ALLAH dan manusia
pertama sebab, refleksi hubungan kita dengan manusia adalah refleksi hubungan kita dengan Allah.
keduanya, response orang lain terhadap kita adalah refleksi akhlak kita pada orang lain, kalau baik maka baiklah akhlak kita, jika sebaliknya, maka akhlak kita adalah yang sebaliknya.= tumpuan belajar dalam kuliyah , penyumbang utama untuk kita faham dan ingat.
= datang awal ke kuliyah pun penting!
= senaraikan tanggungjawab kita secara individu dalam kertas.. baru kita nampak tugas2 yang kita wajib lakukan.
= proaktif
= sabar
= muhasabah itu penting. dimana kepentingannya? kita akan tahu bila kita buat! percayalah~
= keMUMTAZAN natijah itu bukan yang terpenting tapi keMUMTAZAN usaha kita itu yang penting beserta tawakal dan doa.
--------------------------------------------------
kata daripada akak saya di Tanta = kak UMMUL HANI
"usaha biar mumtaz, hasilnya serah kpd Allah"
saya dah anggap kak hani macam kakak saya ^_^
kopi n pasta dari fb kak hani, minta izin ya~
---------------------------------------------------
-akhirnya, mari kita tadabur terjemahan ayat 53 surah AZ-ZUMAR
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (merujuk pada ayat 48 surah AN NISAA',Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari [syirik] itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar) semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
kesimpulannya, akak tu pesan janganlah kita cepat berputus asa, cuba lagi yang terbaik jika gagal! dan cintailah PERUBATAN!
sangat banyak yang saya perolehi sepanjang program WOW tadi, selain TALK SHOW ni, saya sangat suka slot dalam kumpulan, sebab banyak membantu saya kira... hohoho...
akhir sekali, kebiasaanya selesai sahaja program, akan ada persembahan dari pasukan nasyid TIBB TANTA, tapi kali ni tiada pula, menunggu juga ~ *0* ~
hehehe... tapi 3ala kulli hal, program ni saya rasa perlu diteruskan!
teruskan usaha PCT!.. yakin boleh!
p/s: seperti kata2 SAIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W.H
"Apabila engkau tidak mampu memberi balasan yang setimpal, maka hendaklah enkau memanjangkan lidah engkau dengan mengucapkan terima kasih."
dari saya untuk semua ajk2, panel2 dan jemputan2= terima kasih!
SYUKRAN






