dan dengarlah lirik lagu ni... I.A dapat menaikkan semangat kita semua dalam melakukan kerja2 kita sebagai seorang mu'min yang berjaya.. AMIN...
lagu daripada NATIVE DEEN...
SELAMAT MENDENGAR SEMUA..
p/s: moga lagu ini membantu kalian terus teguh walau banyak ujian, rintangan dan cabaran dalam hidup ini K! dalam masa yang sama dapat jadi satu hiburan untuk kita semua...
Masalah yang banyak menimpa muslimah aktivis dakwah sekarang, terlalu mudah bermain dengan soal hati..soal hati yang melibatkan perasaan kepada muslimin..Mengapa ya? adakah kita tidak boleh hidup tanpa memikirkan soal ini? bukan mahu menolak fitrah sebagai seorang manusia,yg mahu mempunyai pasangan dan keluarga...tetapi,ada tugas lain yang lebih penting perlu di fikirkan...kalau di fikir dan di hayati, keadaan muslimah2 di negara2 bergolak sangat jauh bezanya berbanding kita..Mengapa kita tidak mencontohi mereka?
Muslimah aktivis dakwah sekarang tidak sama dengan dahulu..Kalau dahulu, selepas graduate kebiasaannya terus ada muslimin yang masuk meminang,kemudian dapat anak dan jadi surirumah..sekarang,keadaaannya sangat2 berbeza...kita perlu berubah,tidak harus lagi berfikiran untuk menjadi seperti itu saja..pasakkan matlamat dalam diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih advance yg mampu memberi sesuatu pada islam dan ummah...think out of the box and think of the future..
Muslimah pejuang2 agama semua, bekalkanlah diri dengan ilmu dan persediaan yang rapi..andai kata suatu hari nanti Malaysia turut bergolak seperti negara Palestin,biarlah kita turut bersama barisan pejuang yang lain di medan perang demi memelihara maruah dan agama tercinta..Kalau kita tidak berubah sekarang dan mempersiapkan diri sekarang,bila lagi??Jangan terlalu yakin bahawa kita akan berada dalam keadaan selesa seperti ini selama-lamanya..Kalau semua muslimah lemah,asyik duk pikir soal remeh temeh,layan perasaan,nangis2,camne nak lawan musuh2 islam yang sentiasa memikirkan cara untuk melumpuhkan kita??
Bangun semua muslimah!!bangun2!!! jangan lemah2 lagi..persiapkan diri,pasakkan tekad di hati..."aku nak berjuang untuk islam..aku mesti sedia dari sekarang!!" Berubah sekarang,jgn tangguh2...Pedulikan perkara2 remeh yang ada di depan mata...fokus kepada matlamat... jadilah bidadari besi..bukan bidadari 'basi'...
p/s : peringatan buat diri sendiri terutamanya,,,pesanan dan nasihat daripada seorang kakak senior semalam sangat2 menyentuh hati....semoga kita kuat untuk menjadi seorang muslimah yang x gentar dan x takut pada sebarang gertakan dan ancaman musuh2 islam..takbir!!
p/s from me: nak share.. kopi n pasta daripada blog sahabat... terima kasih Ain sbb sudi bagi MIRA copy n paste from ur blog~..
-AHLI BAIT ni memang macam2 kan kita jumpa, ada yang macam ni ada yang macam tu, ada yang boleh kata: eii tak penah lah jumpa orng macam die ni selama aku berkawan.. tapi sebenarnya dngn sebab ada perangai ahli bait kita yang bermacam2 ni lah menyebabkan kita fikir tentang orang lain, kita boleh buka minda kita bahawa manusia kat dunia ni tak semuanya seperti kita, tak semua sependapat dengan kita, dan dngn sbb lain2 sifat setiap ahli bait ni lah kita belajar untuk bertolak ansur, dari sinilah kita belajar erti hidup, erti memberi, realiti kehidupan, realiti manusia diciptakan oleh tuhan dngn berbagai2 karenah. Pelbagai karenah, bermacam ragam.. tanpa kelainan tiadalah cabaran kan? DARI situlah kita mengenal dan merasa betapa INDAHNYA ujian Allah itu, dari sini lah kita belajar untuk berhadapan dengan orng lain bila pendapat kita, cara kita berbeza SATU SAMA LAIN KAN?.. macam berbelit jer ayat ni..
apa yang saya cuba maksudkan kat sini, janganlah kita memandang berbezanya karenah ahli2 bait kita dengan pandangan negative! JADIKAN ianya POSITIVE!
bila sebut tentang negative way of thinking dgn perangai kawan kita ni, sebenarnya terjadi bila kita merasakan apa yang kita buat adalah yang terbaik, adalah yang paling tepat, adalah yang paling betul n sewaktu dengannya,, BETUL TAK? mesti kita susah nak ngaku kan? esp. bila benda ni berlaku kat kita, kita dok citer kat orng yang pulan bin pulan ni teruk lah.. tak buat macam ni, tak buat macam tu... tapi sedar tak kita yang kadangkala apa yang kita selalu buat yang tak sama dngn apa yang dia buat tu, bukanlah yang paling betul sebenar2nya, tapi hanya yang paling betul pada mata kita,, sebab kita sudah dididik dari kecil untuk buat begitu,,, apa yang saya cuba katakan adalah berkaitan dengan cara masing2 deal dngn kerja2 rumah la... tapi bila sentuh hukum hakam, kalau apa yang dia lakukan itu salah, memang wajib untuk kita tegur dia, sebab sudah melibatkan dosa bukan? n lagi satu kalau perkara tu melibatkan ukhuwah seahli bait, bagi saya perkara macam ni serius, sebab bila masing2 tak jaga ukhuwah sesama ahli bait kan, nak hidup dalam umah tu pon rasa cam tak indah langsung~ rasa cam awkward~ ye lah dah bila masing dok buat hal masing2 tak pikir hal orang lain,, senang kata pentingkan diri sendirilah ni.. tak ke rasa lebih baik kita duduk rumah sorang kan? sbb duduk ramai2 tapi rasa cam duduk sorang2 jugak, apa maknanyakan? rasa cam tegang je kan dalam umah tu.. tak tahulah ini pendapat saya semata2.. saya tidak mengharap unutk yang lain berfikir seperti saya, tapi apa yang saya rasa begini..
bila sentuh bab ukhuwah seahli bait ni, saya amik serius.. mungkin ada yang merasakan perkara begini kecil macam kacang hijau ker or masalah senang macam kacang soya ker.. mengarotlah pulak perumpamaan ni . tak mengapa.. kefahaman masing2 berlainan.. tapi saya fikir begini mungkin disebabkan saya masih baru duduk ramai2 dgn kawan macam family, yelah.. kena masak, kena pergi pasar, n macam kehidupan satu keluargalah kan.... so baru nak bermula... jadiknya saat mula membina sebuah BAIT yang baik ni, mesti fikir seriuskan pasal hubungan satu sama lain..
Tapi sebenarnya datangnya kemanisan berukhuwah kita tu dari niatnya kita berkawan.. Adakah betul2 kerana Allah atau terpaksa rapat sebab dah terlanjur duk satu rumah? atau sbb fikir sapa pulak nak duk ngan aku nanti kan? atau sebab dia ada kelebihan? atau sebab nak mudahkan kerja2 kita???.. yang ni kita kena muhasabah diri kita balik.. TAJDID niat sentiasa dan ingat apa sahaja yang kita buat ni hanyalah SEMATA2 kerana Allah..
satu ingatan untuk semua dan untuk diri yang dok menaip ni.. Bila kita ditimpa ujian dengan masalah ahli bait yang berbagai2.. jangan kita terus merasakan diri mereka itu salah.. cuba pandang n fikir dengan cara YANG POSITIF n cuba untuk cari jalan bagaimana nak selesaikan... cuba bertanya yang lebih pakar, cuba cari pendapat orang lain.. sebab kita tak tahu apa yang kita buat tu betul ker salah ker... lain orang lain pendapat.. n tahap ilmu kita pun berbeza2 jugak kan? JANGAN KITA ASYIK FIKIR CARA KITA LAH YANG TERBAIK K!
kata orang "tangan yang menaip papan kekunci itu lebih dekat dari mata yang membaca di screen pc"
semua ni adalah peringatan untuk diri yang menaip ini.. n buat sahabatku.. terima kasih sangat2 kerana sudi mendengar masaalah diri ini.. maaf jika banyak menyusahkan.. n terima kasih sebab banyak awak tolong saya~ rindu awak, sayang awak, cinta awak kerana ALLAH.. moga kita dapat selalu berkongsi2~
monolog dalaman: " ya Allah sesungguhnya ujian yang datang dari mu adalah Rahmat buatku, dan sesungguhnya Ujian mu itu adalah kerana cintamu padaku.. INSYAALLAH.. Ya Allah.. dan sesungguhnya aku bersyukur dan ALHAMDULILLAH di atas ujianmu padaku,, segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya~" yang dah jadi monolog luaran.. huhuhu..
first2, saja cari2 video animasi dekat youtube tentang cell2 n then jumpa link ni.. pi lah loading..
bila tengok video ni, macam2 dalam kepala..
teringat betapa sakitnya umi kita saat melahirkan kita,
sekecil2 uterus/rahim tu, dengan kuasa Allah, boleh jadi besar sebesar tubuh bayi kita,
cuba bayangkan baby yang besar tu boleh ada kat dalam perut umi kita,
n then umi bawa kita dalam perut dia 9 bulan kot~ wah~~
wah~ sangat2 ..speechless... saat bayi tu nak keluar, lagi sangat mengerikan..
even video ni hanyalah animasi, tapi dah cukup memberi kita gambaran betapa besar kuasa Allah tu kan?
bagi umi2 yang dah mengandung n melahirkan bayi2 macam kami semua ketika dulu,, a lot of appreciation for you all~
umi kat rumah.. apa yang mampu ain lakukan untuk umi buat masa ni adalah belajar "kuat2" n nak tengok muka umi yang gembira bila ain dapat jadi dukturah yang cemerlang~
akak2 kat rumah jugak~ kita semua janji ye untuk jadi anak yang solehah dan buat umi gembira~
eh lupa pule, adik yang ada kat sebelah ni, you too!
p/s: akak2 semua doakan ain n adik kat mesir ni cemerlang n selamat InsyaAllah.. Aminn...
kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA AMIN.. SYUKRAN..