About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Wednesday, May 11, 2011




~UKHTI2 KU~









 


p/s: amalkan doa kat atas ni,,, Dengan izinNya.. baca dan tiup pada setiap makanan yang kita makan (pesan umiku yang tersayang) hehehe kadang2 lupe2  salah satu usaha atau ikhtiar kita untuk dijauhkan dari apa saja mudarat yang mungkin ada dalam masakan or makanan or minuman yang kita masak or beli or makan...
tapi bukan untuk tujuan ni sahaja doa ni kita amalkan ^_^..


SYUKRAN

 

Damba Cinta Mu


bismillahirrahmanirrahim wa assalamualaikum.. sahabat2 ku.. saudara2 seislamku~






artist: RAIHAN
title: DAMBA CINTA MU


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti 

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji  depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat


SYUKRAN
 

Saturday, May 07, 2011


Mimpi bertemu Rasulullah



terbaca post dari blog sahabat,
saya terasa ingin share juga dengan yang lain video kat atas ni,
ambillah masa kita sedikit untuk menonton video di atas..
muhasabah diri kita semula,
pernahkah kita merindui RASULULLAH seperti kita merindui umi abah kita?
pernahkah kita menangis kerna merindui baginda?
betapa tinggi nilai pengorbanan baginda yang hasilnya kekal sehingga kini..

AKU ingin bertemu dengan baginda...
AKU ingin bertemu RASULULLAH di dalam mimpiku..
tapi masih banyak kehinaan yang diri ini lakukan...
tatkala diri ini sungguh hina,
tidak ku terasa layak untuk bertemu baginda dalam mimipiku,
adakah masih jauh lagi untukku bertemu dengan  baginda?

Ya Allah berikanlah KAMI umat nabi muhammad, dan hamba2mu ini,
kekal dan istiqamah di jalanMu meneruskan perjuangan baginda..
mengikuti sunnah2 baginda....
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Azim, Ya Kabir,
Perkenankanlah doa kami ini....


SYUKRAN

 

Wednesday, May 04, 2011

Native Deen - Not Afraid to stand Alone

JUST CLICK THE PLAY BUTTON AND WAIT ..

dan dengarlah lirik lagu ni... I.A dapat menaikkan semangat kita semua dalam melakukan kerja2 kita sebagai seorang mu'min yang berjaya.. AMIN...

lagu daripada NATIVE DEEN...

SELAMAT MENDENGAR SEMUA..






p/s: moga lagu ini membantu kalian terus teguh walau banyak ujian, rintangan dan cabaran dalam hidup ini K! dalam masa yang sama dapat jadi satu hiburan untuk kita semua...

SYUKRAN

Tuesday, May 03, 2011

~'Asyiqah Sajidah~: Berubah sekarang,jangan tangguh2..



Masalah yang banyak menimpa muslimah aktivis dakwah sekarang, terlalu mudah bermain dengan soal hati..soal hati yang melibatkan perasaan kepada muslimin..Mengapa ya? adakah kita tidak boleh hidup tanpa memikirkan soal ini? bukan mahu menolak fitrah sebagai seorang manusia,yg mahu mempunyai pasangan dan keluarga...tetapi,ada tugas lain yang lebih penting perlu di fikirkan...kalau di fikir dan di hayati, keadaan muslimah2 di negara2 bergolak sangat jauh bezanya berbanding kita..Mengapa kita tidak mencontohi mereka? 

Muslimah aktivis dakwah sekarang tidak sama dengan dahulu..Kalau dahulu, selepas graduate kebiasaannya terus ada muslimin yang masuk meminang,kemudian dapat anak dan jadi surirumah..sekarang,keadaaannya sangat2 berbeza...kita perlu berubah,tidak harus lagi berfikiran untuk menjadi seperti itu saja..pasakkan matlamat dalam diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih advance yg mampu memberi sesuatu pada islam dan ummah...think out of the box and think of the future..

Muslimah pejuang2 agama semua, bekalkanlah diri dengan ilmu dan persediaan yang rapi..andai kata suatu hari nanti Malaysia turut bergolak seperti negara Palestin,biarlah kita turut bersama barisan pejuang yang lain di medan perang demi memelihara maruah dan agama tercinta..Kalau kita tidak berubah sekarang dan mempersiapkan diri sekarang,bila lagi??Jangan terlalu yakin bahawa kita akan berada dalam keadaan selesa seperti ini selama-lamanya..Kalau semua muslimah lemah,asyik duk pikir soal remeh temeh,layan perasaan,nangis2,camne nak lawan musuh2 islam yang sentiasa memikirkan cara untuk melumpuhkan kita??

Bangun semua muslimah!!bangun2!!! jangan lemah2 lagi..persiapkan diri,pasakkan tekad di hati..."aku nak berjuang untuk islam..aku mesti sedia dari sekarang!!" Berubah sekarang,jgn tangguh2...Pedulikan perkara2 remeh yang ada di depan mata...fokus kepada matlamat... jadilah bidadari besi..bukan bidadari 'basi'...




p/s : peringatan buat diri sendiri terutamanya,,,pesanan dan nasihat daripada seorang kakak senior semalam sangat2 menyentuh hati....semoga kita kuat untuk menjadi seorang muslimah yang x gentar dan x takut pada sebarang gertakan dan ancaman musuh2 islam..takbir!!



p/s from me: nak share.. kopi n pasta daripada blog sahabat... terima kasih Ain sbb sudi bagi MIRA copy n paste from ur blog~..

SYUKRAN

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..