About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Tuesday, July 05, 2011

Allah Know What are the BEST things for you~

Bismillahirrahmanirrahim- dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

dari satu musibah, kemudian didatangi satu musibah yang lain.
dari satu berita yang mengejutkan kemudian datang lagi satu berita yang mengejutkan..
dari satu kematian diikuti satu kematian yang lain,


hati ini masih belum pulih dari kejutan mendapat berita peninggalan seorang insan yang disayangi, sepupuku, kemudian aku dikhabarkan pula dengan berita kematian seorang lagi sepupuku, 2 2nya meninggal di usia yang muda..
siapa sangka diumur yang begitu muda, masih lagi dalam lingkungan umur remaja (belasan dan 20 an) sudah pergi meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini.. 


mati menjemput kita tidak pernah mengenal usia. Allah sudah tentukan bilakah kematian akan menjemput kita, dari saat jasad kita ditiupkan ruh, dari saat kita masih lagi di dalam rahim ibu, masih belum sempurna ciptaan kita, Allah sudah menetapkan bilakah waktu kita akan meninggalkan dunia ini~


ada 4 perkara yang Allah sudah tetapkan di saat Malaikat meniupkan ruh ke dalam jasad kita:


   1- rezeki.
   2- jodoh.
   3- jangka hayat hidup kita.
   4- ketetapan baik dan buruk/ kecelekaan dan keberkatan diri kita.  


dalam usia yang muda Allah sudah menjemput mereka bertemu denganNya~  bila pula masa kita? kita tidak akan pernah tahu... sudahkah kita bersedia untuk bertemu denganNya, sudah cukupkah amalan yang kita bawa? sudah cukup bersihkah kita dari najis2 dunia? sudah bersediakah kita untuk berhadapan denganNya... 


mengingati MATI adalah peringatan yang terbaik untuk diri kita.. jangan terlalu mengejar nikmat duniawi sehingga kita lupa akan tujuan sebenar kita hidup, jangan alpa dengan keseronokan di dunia sehingga kita lupa    REDHA ALLAH itulah sebenarnya yang kita mahukan.. TANPA KEREDHAAN dariNya tidak berguna kehidupan ini.. SIA2 segala yang kita kecapi.. luruskan niat kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, letakkan Allah sebagai tujuan kita melakukan apa jua perkara~ Hanya kerana Allah tujuanku hidup di muka bumi ini~ 
dunia ini sudah banyak menunjukkan tanda2 datangnya hari kiamat. Bila lagi kita ingin berubah? kalau bukan sekarang bila lagi? adakah ketika Matahari sudah terbit di sebelah barat? tidak berguna lagi segala penyesalan diwaktu itu, tiada lagi taubat dari hambaNya yang diterima, janganlah kita menangguh2 perubahan diri dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik... tiada masa lagi kawan2.. 


SEDARLAH! BANGUNLAH! BANGKITLAH! ukhti2 dan akhi2 ku semua~ dari mimpi keseronokan dunia penuh tipu daya ini~ TETAPKAN dalam hati ini, hidup ini adalah kerana Allah... penuhi hidup kita dengan jalan2 perjuangan mengharumkan nama ISLAM semula~


dalam sedihnya kita kerana insan yang disayangi telah kembali ke RAHMATULLAH ingatlah kawan2... yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita~




Last but not least~


BUKALAH MATA hati kita seluas2nya2.
amati keindahan ciptaan Allah, keajaiban segala ciptaanNya,
hayati AYAT2 AL-QURAN dengan mata hati,
suburkan akhlak2 didalam AL-QURAN dalam hati kita,
sucikan, bersihkan hati kita dari segala najis dunia~
jangan biar ianya KOTOR! HITAM penuh dengan titik2 dosa~
bayangkan keindahan syurga diiringi usaha kita untuk memperolehnya~
SYURGA itu mahal~ bukan mudah untuk memperolehnya,
hanya 1 daripada 1000 y terpilih shja,
janganlah kita tergolong di dalam 999 yang lain..


MOGA KITA SEMUA MENJADI 1 DARIPADA 1000 ITU ~ Ameenn.. Ya Rabb ~


nota kaki: refleks diri, muhasabah diri setiap kali sebelum tido~ penting tu Mira! JADIKAN hari ini lebih baik dari semalam~

SYUKRAN

 

No comments:

Post a Comment

thank you~

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..