About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Monday, December 10, 2012

~Perkongsian~ demi NaunganNya~

Bismillahirrahmanirrahim

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya,

"Ada 7 macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat. "

1) Imam / pemimpin / kepala yang adil
2) Pemuda yang tumbuh sejak kecil dalam beribadat kepada Allah
3) Seseorang yang hatinya tergantung sangat memperhatikan kepada masjid - masjid
4) 2 orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian, serta berpisah juga demikian.
5) Seorang lelaki yang diajaki oleh wanita atau sebaliknya ,yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu berkata : "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah"
6) Seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu, sehingga dikatakan tangan kirinya tidak menegetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
7) Seseorang yang ingat ALLAH dalam keadaan sepi lalu melelehkan air mata dari kedua matanya

"Muttafaq 'alaih"

- Perkongsian dalam Smart Circle pada hari yang lalu, kita berkongsi dengan yang lain sesuatu perkara yang baik pun dah boleh dapat pahala -

# lepas ni ingat nak share sikit pasal subjek MEDIK yang saya belajar Tahun 4 ni~

SYUKRAN

 

No comments:

Post a Comment

thank you~

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..