About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Wednesday, January 07, 2015

2014 t0 2015

Bismillahiraahmanirrahim

Now, bulan 1 di bumi Tanta Mesir ni, bulan satu di sini adalah musim sejuk, maka berlapis - lapislah baju yang dipakai. - intro yang tiada kena mengena  :)

Tahun 2015,
aku nak buka lembaran baru dalam hidup aku,
aku nak jadi insan yang sayangkan Tuhan Dia lebih dari segalanya, senang citer aku nak cinta Allah.

Perkataan mudah yang aku boleh gambarkan untuk tahun 2014 buat aku,
Tahun 2014 tahun kelam kabut buat diri,

Tahun yang paling busy,
busy dengan kerja persatuan,
busy dengan nak manage emosi dan perasaan sendiri bila sahabat baik tempat aku mengadu pulang ke Malaysia, rasa seperti hilang arah waktu tu, seperti hilang tempat pergantungan aku seketika, sedangkan aku sedar aku ada Allah, tapi aku sudah terbiasa mempunyai teman rapat tempat berkongsi suka duka, jadi ia jadi satu tamparan besar buat aku.

Tahun yang paling mencabar,
mula dengan tahun 5 medik yang semuanya subjek besar yang bagi aku sangat banyak perlu faham betul - betul dan hafal banyak - banyak. tahun ni jugalah baru bermula clinical year buat kami secara total, banyak clinical skill aku kene tahu dan praktis, masa ni jugalah aku kene bertempur dengan language barrier antara aku dengan patient di hospital, perlu hafal perkataan baru setiap hari,  tahun ni jugalah tahun yang paing sibuk dari segi schedule lecture dan clinical round etc.

Tahun aku belajar banyak benda baru,
masa tahun 2014 ni jugalah aku belajar dan aku perlu harungi benda - benda baru buat diri aku,
aku belajar untuk menjadi ketua dalam kerja aku sepanjang tahun, yang mana aku tak pernah ada pengalaman dan skill memimpin ni, dan ia sangat berat buat diri ini.

Tahun aku fail exam,
Aku ditakdirkan mengulang 1 subjek dalam silibus aku, yang mana total subjek hanya ada dua, bermakna satu subjek bukanlah sedikit silibusnya, tapi besar..

aku rasa longlai, dan tahun 2014 , betul - betul merupakan tahun yang Allah bagi aku untuk aku belajar jadi insan yang lebih kuat, yang lebih matang, Apa yang au rasakan tahun lepas, takde yang dapat gambarkan apa yang aku sebenarnya rasakan,

Tapi syukur, bukanlah semuanya tidak indah, banyak hikmah yang aku dapat dari segala mehnah yang Allah ajar pada aku ini, aku perlu yakin pada segala yang Dia rancang buat diri aku,

Dalam kesedihan dan ujian yang tertimpa - timpa, Allah kurniakan aku adik - adik usrah yang memahami, sahabat - sahabat sekeliling yang tidak pernah putus - putus memberikan semangat dan bantuan,  ia tidaklah  hadir sekaligus, tapi Allah beri aku tepat pada waktunya, sahabat - sahabat seperjuangan yang solehah ikhlas berkhidmat buat islam, ummah dan lillahita3ala, sahabat - sahabat seusrahku yang aku sayang.

Hidup ini, bukanlah sepanjangnya duka, dan bukanlah sepanjangnya suka, tapi Allah campurkan keduanya agar terbit indahnya suka setelah duka, agar diri sentiasa memanjatkan syukur, agar diri sentiasa kembali pada DIA yang satu.

2014, really make my world and my view of life, of friends, of people, in a differents way. yang mana ia adalah REALITI bukan FANTASI.

Thanks Allah for everything, semua adalah persiapan untuk masa hadapan, kebaikannya bukanlah buat orang lain, tapi Allah beri ekslusif buat diri aku, SYUKRULILLAH wa ALHAMDULILLAH.


To my future self:
jangan bongkak jika berada di atas,
jangan bangga dengan kejayaan dunia,
Jangan lupa mendoakan umi n abah,
Jangan lupa tujuan hidupmu, hanya kerana Dia semata.

* tidak semua mehnah yang aku ceritakan, tapi cukuplah apa yang aku tulis sudah cukup besar buat diri ini.

Buat yang terbaca atau sengaja baca, doakanlah diri ini dikurniakan kekuatan terus menerus dari Allah, kekutan iman, kekuatan fizikal, kekuatan akal, dan kekuatan melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Amin...

SYUKRAN

 

No comments:

Post a Comment

thank you~

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..