About Me

My photo
Hamba Allah blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman diri...

Sunday, October 31, 2010

tIkA iTu~*

Bismillahirrahmanirrahim


MySpace


rindunya tika itu,
rindu hati ini untuk terus di isi,
rindu hati ini untuk terus di isi minyak,
minyak bersih,
minyak baru,
minyak yang wangi,
minyak yang terkandung partikel2 indah,
partikel2 yang tersusun indah,
terselit nama Ilahi diantaranya,


rindu kalian..


maafkan diri kerdil ini,
yang punyai banyak kekurangan,
lubang di sana,
lubang di sini,
tidak sehebat kalian,


rindu kalian,


hati kerdil ini merintih,
menahan rindu,
tapi siapa yang dapat menghalang rasa rindu ini,
rindu berukuwah bersama kalian,


rindu kalian,


harapanku,
tidak dilupakan diri penuh hina ini,


Jika Apa Yang Dilakukan Kerana Allah... 
Yakinlah Dengan JanjiNya,
Allah Tidak Akan Tinggalkan Hambanya di Belakang,
Teruslah Berdoa,
Teruslah Berada di SisiNya,
Jangan Pernah Sekali Berpaling...




p/s: rindu kalian.. sahabat2 ku... ukhtiku..


SYUKRAN 


 

Friday, October 22, 2010

~*Selamat hari lahir abah*~

Bismillahirrahmanirrahim..



Selamat ulangtahun kelahiran buat abahku tersayang!

terima kasih abah untuk segalanya~ 
terima kasih abah atas pengorbananmu~
terima kasih abah atas susah payahmu~
terima kasih abah atas kegembiraanmu pada diri ini yang serba kurangnya~
terima kasih abah kerana membesarkan ain~
terima kasih abah kerana menegur ain tika salah~

garangmu, tegasmu bukanlah bermaksud membenci,
tapi untuk mengajarku, tanda sayangmu pada anak2mu..
tangisanmu, bukan jua bermaksud kau bersedih,
tapi kau gembira .. atas kejayaanmu...
lawakmu bukan bermaksud untuk menggembirakan dirimu sahaja,
tapi aku tahu disebaliknya, kau ingin melihat anak2mu tertawa,
gembira berada disampingmu...

aku bangga atas didikanmu~
segala nasihatmu, akan ku ingat sampai ke akhir hayatku.
aku gembira dikurniakan seorang abah sepertimu..
aku bangga dengan kegigihanmu untuk terus mencari nafkah~
demi kami anak2mu..
demi melihat kami membesar menjadi anak2 yang berguna...

TERIMA KASIH ABAH UNTUK SEGALANYA...

TERIMA KASIH ALLAH mengurniakan aku ayah sepertinya....


p/s:dedikasi khas untuk abah yang tersayang: SABRAN bin Karim..



SYUKRAN

 

Monday, October 04, 2010

Selamat Datang Adek yang akak sangat sayang~

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum untuk semua~
Tahniah adek!
Mabruk adek!
akak gembira adek,
Sungguh! akak tak tipu~
tahniah ya dapat sambung belajar di Mesir..
di Tanta spesifiknya,
sama2 dengan akak,
kita sama2 tempuh segala cabaran, dugaan juga ujian,
sama2 kita nikmati kegembirann, kejayaan dan ukuwah di sini bersama ya!
jangan bimbang,
jika masalah kau tempuhi.. datanglah pada akak,
akak sentiasa disisimu,
insyaAllah(dgn izin Nya)
jangan nakal2 ya dik!
kita sama2 menjaga biah kita, biah solehah kita...
kita sama2 mencipta sejarah kita!
sama2 kita gembirakan abah dan umi~
sama2 kita balas jasa mereka, 
walaupun sebenarnya kita takkan mampu membalas jasa mereka terhadap kita,
terlalu hebat pengorbanan mereka,
ingat ya dik,,
kita datang ke Mesir untuk jihad di jalanNya,
menunutut ilmu sebanyak yang kita mampu,
mencari keberkatanNya di bumi para anbia ini~
kita tidak datang belajar semata2,
tapi ambil faedah di bumi penuh barakah!
jangan adek sia2kan semua ini,
ingat ya dik!
susah2 datang rumah akak!
ngadu apa saja pada akak!
siapa lagi, umi n abah tiada disisi kita zahirnya,
kita berdua, jangan pernah sekali pun hampakan harapan mereka ya!
yang penting untuk kita bagi  mereka,
kita study,
kita berjaya,
alhamdulillah,
jangan sibukkan diri dengan hal2 lain,
yang tidak membawa faedah,
adek faham kan maksud akak,
sibukkan diri padaNya,
berjihad di jalanNya...
alhirnya,,,,
MABRUK!!!

p/s: khas untuk adekku yang comel SITI NUUR SYAHIRAH.. tahniah ya adik,,,welcome3x



SYUKRAN

 

Saturday, September 25, 2010

pemergian atuk yang tercinta~

Bismillahirrahmanirrahim..

Jatuh pada tarikh 22 SEPETEMBER 2010... telah perginya seorang insan yang sangat kucintai, kusayangi... datukku yang amat kurindui,, KADRI BIN DOL KARIM. jatuhnya air mataku tidak dapat ku tahan.. kesedihan yang aku alami ini tiada siapa yang dapat menahannya.. sudah lama aku tidak berjumpa dengannya.. seingat aku akhir sekali aku berjumpa dengannya, keadaanya alhamdulillah, sihat, masih lagi mampu bergurau2 denganku.. masih lagi mampu berjalan, badannya yang kurus seiring usia tuanya yang makin hampir dengan saat ini, tapi dia masih lagi mampu tersenyum, ketawa, memanggil namaku..Wajah tuanya yang menggembirakan hatiku saat dia mampu lagi ketawa, kini sudah tiada.. Selama aku berada di Mesir ini, selalu sahaja aku mendapat khabar dari keluarga tercinta, umi dan abah dari kakak2ku yang aku rindui tentang keadaan atukku.. mula2nya dia mengalami sakit yang tidaklah serius hingga perlu di tahan di hospital, tapi.. hari demi hari, bulan demi bulan, dari aku mula menuntut di bumi anbiya ini hingga aku tamat pengajian tahun satu, sehinggalah aku mendapat2 adik2 baru yang akan menyambung generasi student tanta, aku mendapat berita atukku sudah tenat terlantar di hospital,, umi dan abahku sempat berjumpanya buat kali terakhir ketika keadaannya tidak sedar lagi(koma). Aku tahu ada insan lain yang lebih merasakan kesedihan yang aku rasakan ini, umiku anak kandungnya pasti merasa lebih sedih berbandingku, pemergian seorang ayah yang beliau sangat cintai.. Tapi aku tahu, umiku pasti tabah dan umiku tahu kematian adalah yang jalan yang terbaik yang Allah telah tentukan, Aku berdoa agar umiku sentiasa tabah, dan aku berdoa agar ruh atukku sentiasa dicucuri rahmatNya, dan berada dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. Amin.. Takdir Allah itu  memang kita tidak akan pernah mampu melawan.. mungkin itu yang terbaik untuknya.. setiap yang hidup itu pasti akan pergi jua..Aku yakin dengan ketentuanNya.. kerana Allah adalah perancang dan mempunyai rancangan yang terbaik.. untuk setiap hamba2nya.. kita hanyalah hambanya yang sangat daif, lemah yang hanya mampu memohon dariNya... aku memohon dariMu kau berikanlah yang terbaik untuk atukku...

Atuk,

Moga kau sentiasa bahagia di alam sana~
Moga kau mendapat syurganya~
Moga kau dicucuri rahmatNya~
Moga segala amalanmu diterima olehNya~
Moga kau sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya~
Moga kau mendapat syafaat dariNya dan RasulNya~
dan...
Moga kau berada dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh~

Amin...


p/s:buat semua teman2ku, terima kasih atas doa kalian semua, moga Allah membalas jasa kalian semua yang terbaik untuk kalin.. amin..

SYUKRAN

 

Monday, September 06, 2010

.: Wanita = Semalu :.

Bismillahirrahmanirrahim

terasa ingin berkongsi sesuatu yang sangat menarik~ perumpaan wanita dengan pohon semalu~
ianya saya peroleh dari forwaded message daripada kakak saya.. kak salwa,
tertarik dengan isi email ini membuatkan saya ingin berkongsinya..
dan di mana lagi kalau bukan di blog saya ni~ he3..
..................................


Assalamualaikum w.b.t buat shbt2 yg dikasihi ALLAH..selamat meneruskan ibadah d bulan mulia ini, sedikit titipan ringkas yg sgt brguna dr shbt ana yg tdk jemu2 menyampaikan dakwah d jlnNYA....sampaikan kpd zaujah, ahlilbait & shbt2 akhawat yg lain..moga pesanan Baginda RASULULLAH yg dikasihi ini  mnjdi panduan utk kalian insy'ALLAH
~ukhtilkareemah azimah~
Malu seorang muslimah
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama  puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya  mereka berdua di bawah pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama:
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua:
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga:
Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin..

Keempat:
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulan:
Segala makhluk yang dicipta oleh Allah swt ada sebab musabab dan pengajaran tersendiri khususnya kepada umat manusia yang sentiasa berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah…dan kepada sesiapa yang mencari redhaNya...semoga kita semua termasuk dalam golongan yang terpilih insyaallah…
v  Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:
        malu itu separuh(sebahagian) dari iman”…al-Hadith
Dapatlah kita simpulkan bahawa sesiapa yang hilang malu pada tempatnya maka, kuranglah imannya.

....................................................................................

p/s: JOM gadis2/perempuan2/wanita2/ibu2 dan semua yang berjantina FEMALE hehehe.. mari kita jadi seperti pohon semalu.. yang tahu kuncup pada tempatnya, yang tahu kuncup pabila waktunya.tapi still kuat pada dasarnya!!.  indahnya~  seorang wanita jika seperti si semalu~  ^_^

SYUKRAN
 

to everyone who's visit my blog

Assalamualaikum..






kita renungkan ayat diatas, fikirkan kembali. memang benar tidak semestinya ALLAH tidak memakbulkan doa kita cepat kita tidak disayangi olehNYA, tapi sebenarnya kita diuji oleh ALLAH supaya kita sentiasa mengingatiNYA, sentiasa memohon pertolongan dari ALLAH yang MAHA MEMBERIKAN PERTOLONGAN, dan juga jika ALLAH cepat memakbulkan doa kita ALLAH juga ingin menguji kita samada kita bersyukur dan masih sentiasa mengingatiNYA. kerana kenyataan dunia sekarang, manusia cepat lupe, alpa dengan kesenangan yang sebenarnya datang dari ALLAH. kerana tanpa izinNYA walau kita dah berusaha sebanyak manapun, kalau ALLAH tidak mengizinkan maka tak akan kita memperolehi sume kesenangan... oleh itu kita wajib sentiasa yakin dengan pertolongan ALLAH .. kalau kta yakin,INSYAALLAH doa kita dimakbulkan dengan izinNYA.... dan janganlah kita cepat lupe pada pertolonganNYA
AMIN..
SYUKRAN..